Sunday 24 February 2013

Blogger UMNO Dan Utusan Perlu Betulkan Fakta Segera



Bukan Mahfuz. Takkan la Mahfuz yang jadi dalang? Dia tu bukan tahu apa sangat pasal strategi. Otaknya tak menjangkau ke tahap untuk jadi dalang "coup de tat" dalam PAS Kedah. Lagi pun dia selalu buang masa di KL dan jarang balik Kedah. Dekat-dekat PRU ni baru nak tunjuk mukanya di Pokok Sena.

Lagipun, apa la yang blogger Badutrakyat tu tahu tentang politik di Kedah? Dia orang Kedah ke? Dia dok kat KL rasanya. Dan kalau dok kat KL, boleh pakai ke serkap jarang yang dia buat tu? Dia tahu ke? Lepas tu Utusan pulak pegi petik dan rujuk dari dia, ada kreadibiliti ke berita tu?



Friday 22 February 2013

Apa Dah Jadi PAS Kedah? Nasib Baik Tak Jadi Macam PKR...


Apa cerita PAS Kedah? Dekat nak pilihanraya buat perangai pulak? Bergaduh sesama sendiri? Ada suka Ustaz Azizan dan ada pulak yang tak suka? 

Kenapa perkara ini berlaku? Salah tadbir atau tak puas hati sebab tak dapat kontrak? Atau tak dapat jadi calon?



Ustaz Kazim Mengadu Di Kutuk Kerana Islam


Ni apa cerita ni..? Ustaz Kazim tu bagi ceramah agama pun depa kutuk. Cuba hadir sekali sekala ceramah Ustaz Kazim dia cerita pasal Islam. 

Kalau sentuh bab politik pun, dia sentuh politik di dalam Islam. Bukan kempen mana-mana parti pun...

Setahu aku, Ustaz Kazim ni UMNO pun dia balun, PAS pun dia balun. Dia balun pasal ada dasar yang kurang bagus untuk Islam. Kalau bagus dasarnya, dia puji...




Lihatlah Apa Yang Terjadi Bila Umat Islam Tak Bersatu...


Israel bangsat 2


Sebelum menceritakan apa yang dilakukan oleh askar Israel ini, biar penulis beritahu namanya..dia adalah Mor Ostrovski yang berkhidmat di bawah unit penembak tepat negara haramnya.

Beberapa hari lalu, askar ini telah meletakan gambar (bawah) di akaun Instagram miliknya bagaimana sebuah senjata penembak tepat sedang menumpukan sasaran ke arah seorang remaja yang dipercayai kanak-kanak Palestin.



Thursday 21 February 2013

Kalam Pembuka Bicara, Bukan Sengketa.


Buat pertama kalinya aku bukak blog. Aku memang malas nak menulis. Tapi bila kenangkan apa yang berlaku dalam dunia politik negara sekarang ni, maka aku rasa aku perlu luahkan apa yang terbuku di hati.

Aku cuma nak share pandangan dan apa yang aku tahu. Terpulanglah sama ada nak setuju atau tidak dengan pandangan aku tu. Apa yang aku tahu pun tak semestinya betul. Jadi, tolong betulkan aku kalau ada kesilapan dalam fakta yang aku tulis.




 

Footer Widget #1

Footer Widget #2

Footer Widget #3

Copyright 2010 TEGUR KERANA SAYANG. All rights reserved.
Themes by Bonard Alfin l Home Recording l Blogger Template