Thursday 21 February 2013

Kalam Pembuka Bicara, Bukan Sengketa.


Buat pertama kalinya aku bukak blog. Aku memang malas nak menulis. Tapi bila kenangkan apa yang berlaku dalam dunia politik negara sekarang ni, maka aku rasa aku perlu luahkan apa yang terbuku di hati.

Aku cuma nak share pandangan dan apa yang aku tahu. Terpulanglah sama ada nak setuju atau tidak dengan pandangan aku tu. Apa yang aku tahu pun tak semestinya betul. Jadi, tolong betulkan aku kalau ada kesilapan dalam fakta yang aku tulis.

Aku tengok UMNO, PAS, PKR atau apa-apa parti politik pun sebenarnya ada silap dan salah masing-masing. Cuma dalam konteks sebenar, UMNO dan PAS pada aku merupakan dua buah parti yang disokong oleh majoriti orang Melayu beragama Islam.

Oleh kerana aku ni orang Islam dan berbangsa Melayu, maka aku tertarik nak menulis tentang politik Melayu dan Islam, khususnya melibatkan UMNO, PAS dan PKR...cuma PKR tu sikit-sikit je la sebab parti tu parti kelas ketiga yang menumpang populariti parti lain..

Pada sesiapa yang berminat nak berdiskusi, aku bukak ruangan komen di bawah setiap tulisan aku demi kebaikan bersama. Cuma kalau ada komen-komen yang melampau tu aku rasa korang faham-faham je la apa yang akan terjadi pada komen-komen macam tu...

So...harap kita boleh berblog secara sihat. Ingat...yang perting dan teratas ialah Islam, kedua dan ketiga barulah politik atau benda-benda lain. Jangan bergaduh pasal politik. Buat malu Islam je kalau bergaduh pasal politik ni...

Akhir kata..selamat membaca dan membuka ruang minda semua...




Related Article:

0 comments:

Post a Comment


 

Footer Widget #1

Footer Widget #2

Footer Widget #3

Copyright 2010 TEGUR KERANA SAYANG. All rights reserved.
Themes by Bonard Alfin l Home Recording l Blogger Template