Sunday 24 February 2013

Blogger UMNO Dan Utusan Perlu Betulkan Fakta Segera



Bukan Mahfuz. Takkan la Mahfuz yang jadi dalang? Dia tu bukan tahu apa sangat pasal strategi. Otaknya tak menjangkau ke tahap untuk jadi dalang "coup de tat" dalam PAS Kedah. Lagi pun dia selalu buang masa di KL dan jarang balik Kedah. Dekat-dekat PRU ni baru nak tunjuk mukanya di Pokok Sena.

Lagipun, apa la yang blogger Badutrakyat tu tahu tentang politik di Kedah? Dia orang Kedah ke? Dia dok kat KL rasanya. Dan kalau dok kat KL, boleh pakai ke serkap jarang yang dia buat tu? Dia tahu ke? Lepas tu Utusan pulak pegi petik dan rujuk dari dia, ada kreadibiliti ke berita tu?

Bukan aku persoalkan tuduhan blogger tu. Mungkin dia dibekalkan maklumat oleh seseorang. Tapi maklumat tu tak semestinya tepat. Mungkin ada orang yang nak permainkan blogger tu, siapa tahu? Harap brader blogger tu tak marah kat aku...

Sebenarnya, maklumat kawan-kawan dari kawasan-kawasan PAS yang panas membuatkan aku menyimpulkan bahawa dalang di sebalik usaha menggulingkan Ustaz Azizan ialah tidak lain tidak bukan, Timbalan Presiden PAS, Abang Mat aka Mat Sabu.

Mat Sabu tak pernah suka pada Azizan dan begitu juga sebaliknya. Sengketa antara mereka berlaku sejak tahun 1999 lagi. Masa tu Abang Mat menang jadi Ahli Parlimen Kuala Kedah. Ustaz Azizan marah kat Abang Mat, kononnya Abang Mat tak buat kerja. Abang Mat pulak kata dia buat kerja..Start dari situ la depa tak ngam.

Masa Abang Mat naik jadi Timbalan Presiden mengalahkan Ustaz Nasha, dia dah plan baik punya dengan geng dia kat Kedah. Dia tak perlu turun Kedah, dia "kerja" dari jauh saja. Lebih kurang macam kes santau angin la ni...

Kat Kedah, Abang Mat ada Taulan Rasul, Phahrolrazi, Dr. Ismail dan beberapa orang lagi orang kuat Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Mereka ini la yang gerakkan agenda tersembunyi untuk jatuhkan Ustaz Azizan.

Taulan dah kata, dia takmau dah. Nak bersara lepas ni. Phahrolrazi pulak memang dok geli dari dulu lagi nak jadi MB Kedah. Dr. Ismail tu mengikut Phahrolrazi saja.

Tentang Mahfuz, dia ni memang tak tau apa. Bila dia balik Kedah dan dapat tau ada gerakan nak jatuhkan Azizan, dia tumpang sekaki. Kalau dia tak join kumpulan ni, dia takut hilang pengaruh pulak. Dia perlukan undi dari PAS Kawasan di Kedah untuk kekal jadi Naib Presiden PAS.

Berkenaan desakan dari Dewan Ulama PAS Kedah tu, aku dapat maklumat mengatakan ia dirancang oleh Phahrolrazi, Dr. Ismail dan Nasir Mustafa yang mempergunakan PAS Kawasan Kota Siputeh yang dah lama marah kat Ustaz Azizan (marah pasai SADA naikkan harga air).

Mereka dah racun sebilangan besar dari anggota Dewan Ulama PAS Kedah dan demo tu dilaksanakan untuk malukan Ustaz Azizan. Buat kat Markas Batu 9, memang kawasan Ustaz Azizan tu. Malu la dia kat orang-orang kampung dia...

Itulah maklumat yang aku kumpul dari ramai kawan-kawan aku. Kami ni dah veteran dah. Kami dah lama berjuang sejak zaman Allahyarham Ustaz Fadhil dulu. Tapi bila PAS jadi macam hawaq lagu ni, maka kami dok diam-diam. Malas nak campur.

Memang aku sedih dengan apa yang berlaku kat PAS Kedah. Tapi nak buat lagu mana? Aku ni ahli biasa saja. Aku cakap apa pun tak laku dalam PAS Kedah sekarang ni. Sebab tu la aku tulis kat sini. Harapan aku supaya budak blogger UMNO tu betulkan persepsi dia dan Utusan perlu hati-hati dalam pick up story...





Related Article:

0 comments:

Post a Comment


 

Footer Widget #1

Footer Widget #2

Footer Widget #3

Copyright 2010 TEGUR KERANA SAYANG. All rights reserved.
Themes by Bonard Alfin l Home Recording l Blogger Template