Monday 25 March 2013

UMNO nak tewaskan PAS dengan jentera macam ni?

Lama dah kami tak update blog ni pasai kami semua busy dengan kerja masing-masing. Tapi kami dapat komen dari sorang pembaca ni. Kami rasa dia ni pun blogger gak la. Tengok gaya tulis macam orang UMNO. Tak tau betoi ke tidak. Tapi sakan sungguh kutuk PAS.

Mamat ni nama siberangan. Tak tau la apa yang dia angan-angankan. Dia berangan nak jadi blogger terkenal UMNO kot? Kihkihkih. Tapi takpa. Dia tulis macam la kami ni taktau apa-apa yang berlaku dalam politik Kedah ni.

Dia kata Dato' Mahfuz nak pejatuh Ustaz Azizan? Dia kata Dato' Phahrolrazi, Dr. Ismail dengan Nasir Mustafa bergaduh tinggal tak keluaqkan parang saja? Betoi ka? Kami tengok macam ada yang tak kena ja dengan apa yang siberangan ni kata.

Kami tau PAS di Kedah ni tengah bergaduh. Bergaduh sebab nak jadi calon. Ustaz Azizan kerat abih ADUN-ADUN PAS yang tak sebulu dengan beliau. Salah ka tindakan Ustaz tu? Biasa la, dah tentu la dia kena kerat mana-mana orang yang dok kacau dia perintah Kedah. Normal la tu.

Tapi kalau siberangan nak tau, kat dalam UMNO pun teruk jugak. Bilik gerakan pun ada yang tak bukak lagi. Kat UMNO Negeri pun dok bergolak sakan jugak.

Jangan ingat kami taktau ada orang-orang kiri kanan pemimpin UMNO Negeri tu yang dok jadi batu api. Depa takut Tok Bashah tak jadi MB, depa perburuk Dato' Mukhriz. Dalam UMNO Negeri tu pun ada puak-puak.

Kami tengok, pemimpin UMNO Negeri tak la bergaduh sakan sangat. Yang bergaduh jadi batu api pi perburuk sana sini tu semuanya orang-orang depa. Mungkin pemimpin UMNO Kedah tak kenai kami, tapi kami kenai pencacai-pencacai yang dok suka bodek depa.

Tok Bashah dengan Tok Mukhriz takdak masalah. Yang masalahnya yang dok kat bawah depa tu. Lebih sudu dari kuah. Paling teruk puak Penerangan UMNO. Dato' Jamil memang sebok kat Pusat, Dato' Zubir tak reti buat apa pun dalam penerangan tu.

Lepaih tu depa lantik pulak calon kalah, pakar printing, typewriter buruk, setpol bakal MB, tukang jaga duit dan beberapa orang lagi yang memang tak reti buat kerja. Punah la jentera UMNO Kedah. 

Mujoq la ada sorang Ustaz tu. Bergerak la jugak Penerangan tu dengan ceramah. Tu pun lepaih Pusat pahat, baru bergerak. Kalau tidak dok tidoq lagu tu la jugak.

Tu pun UMNO dan siberangan kata UMNO boleh lawan PAS kali ni? Boleh lawan ka? PAS ni semuanya tulen. Orang PAS ni bukan macam orang UMNO. Orang PAS kalau marah kat pemimpin depa pun, depa tetap pangkah PAS jugak. Orang UMNO ada perangai lagu tu ka? Tobat lahom sampai ke mampuih pun payah nak ada lagu tu dalam UMNO.

Dulu, kami tengok UMNO ada harapan nak menang balik di Kedah. Tapi lepas depa lantik dinasor-dinasor purba untuk buat kerja kat UMNO tu, kelam la harapan tu. PAS ludah ja tengok depa ni. Bila orang tegoq depa, mula la depa merajuk, marah, melenting tak tentu pasai. 

Siberangan dan blogger-blogger UMNO ni kena cermin diri sendiri. Tengok kelemahan diri sendiri dan mengaku la kalau diri tu lemah. Zaman dulu UMNO tak macam ni. UMNO zaman ni lebih sudu dari kuah, pemimpin takdak apa-apa pun, orang kiri-kanan yang lebih-lebih. 

TKS: UMNO cuba penggai depan saja laaaaa


Related Article:

0 comments:

Post a Comment


 

Footer Widget #1

Footer Widget #2

Footer Widget #3

Copyright 2010 TEGUR KERANA SAYANG. All rights reserved.
Themes by Bonard Alfin l Home Recording l Blogger Template